PHUKET – Sekumpulan penduduk tempatan dan pelancong tergamam selepas melihat satu awan misteri berwarna merah serta kemunculan satu objek terbang tidak dikenali (UFO) di ruang udara Laguna di sini baru-baru ini.
Akhbar Mirror UK melaporkan seorang pelancong dari New Zealand, Darren Blakeley, 53, sempat membuat rakaman video fenomena itu pada 22 April lalu dan klip itu menunjukkan kejadian kilat sambar-menyambar seolah-olah ribut dalam awan pada ketika cuaca baik.
Rakaman berdurasi 54 saat itu sudah ditonton lebih 1.7 juta kali dan dikongsi 37,000 kali di media sosial oleh netizen. Sebilangan pengguna internet menyamakan fenomena itu seperti babak dalam filem Avengers: Endgame.
“Saya percaya benda itu adalah UFO. Semua orang terpegun dengan apa yang mereka saksikan, tiada siapa yang mampu berkata-kata. Mereka kagum,” katanya. – Agensi











