Pelaksanaan pengasingan dispensari perlu kajian teliti - Utusan Malaysia

Pelaksanaan pengasingan dispensari perlu kajian teliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Perbincangan dan kajian perlu dibuat dengan teliti sekiranya cadangan sistem pengasingan dispensari ingin direalisasikan di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, meskipun pengasingan dispensari dilihat penting, namun perlaksanaannya perlu mengambil kira kepada kewajaran, kepentingan dan keperluan pesakit.

“Mengenai pengasingan fungsi klinik dan farmasi, kami sekarang sedang bercakap dengan kedua-dua pihak… saya tekankan mengenai pentingnya meletakkan ‘patient centric care’ atau ‘patient centered methodology’ dan ia mesti berteraskan pesakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk ke situ (sistem pengasingan dispensari) kita perlu memahami dan mengambil beberapa parameter perhitungan sekiranya kita mahu melaksanakan amalan itu yang telah dibuat di negara lain,” katanya selepas pelancaran media Kongres Dunia Mengenai Jatuh dan Kestabilan Postur 2019 (WCFPS 2019) yang pertama yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Disember ini.

Beliau berkata jika sistem itu dilaksanakan tanpa dikaji dengan teliti, kemungkinan pelbagai isu dan masalah membabitkan pesakit akan timbul termasuk setelah pesakit mendapat preskripsi, pesakit itu berdepan dengan kesukaran mencari farmasi untuk mendapatkan ubat.

“Jadi pada akhirnya saya melihat yang penting adalah kebajikan dan kemudahan yang kita kena sediakan… bagaimanapun saya rasa masih ada lagi ruang untuk kita berbincang,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini