KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil inisiatif meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pelajarnya dengan menganjurkan program Youth Skills @ Kolej Siswa. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali berkata, program yang mendapat kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu itu membolehkan pelajar-pelajarnya menyertai pelbagai kursus kemahiran jangka pendek. “Antara kursus kemahiran jangka pendek yang telah ditawarkan ialah dandanan rambut, kulinari dan pastri, solekan…










