SUNGAI PETANI 23 Mei – Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teloi Kanan di sini, mencipta sejarah apabila bakal menyertai Persidangan Alam Sekitar Sekolah-Sekolah Peringkat Dunia 2019 di Finland. Muhammad Shahrul Najmie Mohd. Suhaimi, 15, akan bertolak ke negara itu pada Selasa ini dan singgah di Jerman pada keesokan harinya sebelum menyertai persidangan itu yang bermula pada 30 Mei. Lebih membanggakan, pelajar harapan di sekolahnya itu juga antara…










