Pelajar jumpa fosil telur dinosaur di China - Utusan Malaysia

Pelajar jumpa fosil telur dinosaur di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PINGXIANG, China – Sekumpulan empat pelajar kolej mendakwa menemui fosil telur dinosaur sewaktu bersiar-siar di satu kawasan pedalaman di wilayah Jiangxi di selatan China baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mirror.

Satu rakaman video menunjukkan empat lelaki muda itu terserempak dengan longgokan batu pelik dalam lumpur merah di sini pada 11 Mei lalu.

Mereka kemudian menyerahkan penemuan itu kepada sebuah muzium tempatan yang meminta bantuan pakar daripada Akademi Sains Cina bagi mengesahkan penemuan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Longgokan itu disahkan fosil telur dinosaur daripada Zaman Batu Kapur (Cretaceous) antara 145 juta tahun hingga 66 juta tahun lalu.

Wilayah Jiangxi merekodkan banyak penemuan fosil sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan digelar sebagai ‘kampung halaman dinosaur’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini