Pekedai runcit ditahan disyaki jual minuman keras, rokok belum lulus kastam - Utusan Malaysia

Pekedai runcit ditahan disyaki jual minuman keras, rokok belum lulus kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 8 Mei – Seorang pekedai runcit ditahan kerana disyaki menjual rokok dan minuman keras yang belum lulus kastam dalam serbuan di sebuah kedai di Bandar Baru, Sungai Lalang di sini, hari ini.

Dalam serbuan oleh sepasukan lima anggota pada pukul 3 petang hasil maklumat awam itu, sebanyak 1,200 batang rokok putih jenama John dan 160 batang rokok keretek jenama L.A. Lights dirampas.

Ketua Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd. Sukri Jusoh berkata, jumlah cukai yang cuba dielakkan dianggarkan sebanyak RM777.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967.

“Selain itu, sejumlah minuman keras turut dirampas dengan nilai cukai RM172,” katanya dalam satu menjayakan di sini.

Menurutnya, kes itu pula disiasat di bawah kesalahan Seksyen 35, Akta Eksais 1976 kerana menjual minuman keras tanpa lesen yang sah.

Beliau menambah, adalah menjadi satu kesalahan bagi pekedai runcit menjual barangan yang belum lulus kastam dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya masih berdegil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini