Pejabat ubah suai hampir musnah terbakar - Utusan Malaysia

Pejabat ubah suai hampir musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Sebuah rumah teres yang diubah suai menjadi pejabat hampir musnah dalam kebakaran di Jalan 15, Off Jalan Kuari, Kampung Cheras Baharu, di sini hari ini.

Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak membabitkan mangsa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.19 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras dibantu BBP Bandar Tun Razak dan BBP Sentul dengan kekuatan 23 anggota tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menurut Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Khairul Azmi Jaafar, kebakaran melibatkan dua buah bilik yang dijadikan asrama pekerja dan bilik pejabat berkeluasan 371 meter persegi.

“Setelah operasi memadam kebakaran dibuat, kita dapati rumah teres berkenaan telah 60 peratus musnah. Selain itu, kenderaan yang diletakkan berhampiran iaitu tiga buah motosikal musnah terbakar,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.50 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini