JOHOR BAHRU 2 Mei – Seorang lelaki warga Korea dan seorang wanita Thailand cedera parah selepas kereta Sedan dinaiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Mydin Mutiara Rini, Skudai di sini pukul 12.14 tengah malam tadi. Mangsa lelaki Korea, Afanasiy Rafaelli, 30-an dan wanita Thailand dikenali sebagai Taenporn, 25, tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum orang awam menghubungi pihak bomba untuk bantuan. Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Inggai Anak…










