Parti Bangsa Johor dibarisi golongan atasan? - Mazlan - Utusan Malaysia

Parti Bangsa Johor dibarisi golongan atasan? – Mazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri mengalu-alukan penubuhan sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Bangsa Johor yang didakwa kepimpinannya bakal dibarisi golongan atasan.

Bakal Pengerusi Bersatu negeri, Mazlan Bujang berkata, penubuhan parti baharu itu akan memberi ruang kepada golongan atasan itu memahami kesengsaraan rakyat yang kini berdepan pelbagai cabaran termasuk tekanan ekonomi.

“Sebagai Malaysia baharu, kita mengalu-alukan sangat dan saya dengar parti politik yang nak dibuat Parti Bangsa Johor itu terdiri daripada golongan atasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, supaya golongan atasan ini bila dia masuk politik akan faham kesengsaraan rakyat yang dalam tekanan ekonomi, kalau tidak golongan atas ini duduk atas kayangan,” katanya bila diminta mengulas mengenai parti baharu yang akan ditubuhnkan di negeri ini.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata demikian selepas merasmikan Program Desa Sejahtera, Muafakat Bersama Azman Hashim International Business School Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kampung Sinaran Baru Kempas di sini hari ini.

Beliau berkata, bukan mudah untuk menjadi pemimpin kepada rakyat kerana terdapat pelbagai halangan dan cabaran.

“Bila tahu macam mana susahnya rakyat dan macam mana susahnya saya…sebagai pemimpin tertekan dengan kerajaan, awak semua pun tahulah sejarah saya kan, macam mana kita nak pertahankan rakyat, campur tangan yang bukan-bukan dalam kerajaan.

“Jadi, saya amat mengalu-alukan penubuhan parti baharu itu,” katanya. – UTUSAN ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini