Parfum yakin dengan Tengku Maimun - Utusan Malaysia

Parfum yakin dengan Tengku Maimun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (Parfum) yakin dengan kredibiliti Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Presiden Parfum, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia berdasarkan rekod pencapaian dan penghakiman Tengku Maimun yang adil serta bijaksana selama ini.

“Kami percaya Tengku Maimun akan menjadi individu terbaik untuk memikul tanggungjawab besar sekali gus mengangkat martabat institusi undang-undang dan kehakiman negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di samping itu, Parfum turut berbangga dengan pelantikan Tengku Maimun kerana sekali lagi graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya diberi kepercayaan untuk mengemudi institusi kehakiman negara di tahap yang paling tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri semalam, pelantikan Tengku Maimun bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang telah tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 April lalu, setelah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.

Pelantikan Tengku Maimun itu sekali gus mencatat sejarah sebagai Ketua Hakim wanita pertama negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini