Palestin kutuk tindakan Jerman tolak BDS - Utusan Malaysia

Palestin kutuk tindakan Jerman tolak BDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH 20 Mei – Kementerian Luar Negeri Palestin mengutuk undian parlimen Jerman yang menolak dan kempen Boycott Divesment Sanctions (BDS) sebagai anti semitik.

Agensi berita Ma’an melaporkan, dalam tindakan yang dialu-alukan Israel, majoriti Ahli Parlimen Jerman sebulat suara menyokong resolusi menolak BDS dan menyifatkannya sebagai entiti yang menggunakan taktik anti semitik untuk mencapai matlamat politik.

Resolusi itu menyatakan segala bentuk saranan untuk memboikot akan menjuruskan kepada stigma terhadap seluruh warga Israel serta penganut Yahudi yang mana tidak boleh diterima dan layak dikutuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki dalam kenyataan berkata, tindakan Jerman didorong matlamat BDS untuk mengekang Israel daripada mempertahankan diri dan pengaruh yang ada pada organisasi itu sehingga membuatkan zionis dan sekutunya terdesak menggunakan apa cara sekalipun untuk menyerang dan merosakkan imej BDS.

““Israel berterusan untuk merealisasikan keinginannya dengan melakukan ugutan berdasarkan stigma terhadap penganut Yahudi di Jerman,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini