SEREMBAN – Perbuatan tidak senonoh seorang mekanik yang menulis perkataan lucah pada kertas saman dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas bulan lalu akhirnya berbalas apabila dia didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Tertuduh, Nor Exzuan Nor Hashimy, 35, dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mahyun Yusof dan Majistret V. Vanita.
Mengikut pertuduhan pertama di hadapan Mahyun, lelaki itu didakwa mengaibkan kehormatan anggota polis Lans Koperal Mohd Firdaus Adnan dengan menulis perkataan lucah pada bahagian tandatangan kertas saman di tepi jalan Persiaran Senawang 1 pada pukul 2.10 pagi, 28 April lalu.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.











