Padah jadikan masjid lapang sasar menembak - Utusan Malaysia

Padah jadikan masjid lapang sasar menembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tindakan dua sahabat menjadikan kawasan lapang berhampiran Masjid Al-Ubudiyah, Seksyen 19 di sini sebagai lapangan sasar menembak senjata tiruan mengundang padah selepas diberkas, Jumaat lalu.

Penahanan kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan sebuah pawagam dan kontraktor elektrik masing-masing berusia 33 tahun dilakukan pukul 11.40 malam. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam terhadap aktiviti mencurigakan oleh kedua-dua suspek tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mereka didapati telah melakukan latihan tembakan menggunakan peluru biji manik hampir 40 minit terhadap botol-botol minuman yang disusun pada jarak 30 meter.

“Sebaik polis tiba mendapati suspek sedang meletakkan barangan mencurigakan di dalam bonet kereta jenis Chevrolet Cruze dan bakul motosikal jenis Yamaha 135 LC.

“Hasil pemeriksaan, kita merampas termasuk selaras senapang automatik jenama HK 416, dua pucuk pistol masing-masing jenis Glock 32 dan 18, dua unit klip teropong serta seunit laser,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Baharudin, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek membeli senjata tiruan itu sejak empat tahun lalu menerusi laman sosial Facebook. 

Ujar beliau, senapang automatik dibeli pada harga lebih RM1, 000 manakala sepucuk pistol itu pada harga RM850. 

“Berdasarkan semakan awal turut mendapati senapang HK 416 adalah 100 peratus sama dengan asli kecuali  kelopak peluru. 

“Senjata ini kebiasaannya digunakan  Pasukan Khas Senjata dan Taktik (SWAT) di luar negara,” katanya. 

Jelas Baharudin, hasil siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan elemen terlibat dalam aktiviti keganasan sebaliknya hanya disebabkan minat terhadap sukan ekstreme. 

“Mereka kini direman selama empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini