Ozil jadi sasaran penyokong Arsenal - Utusan Malaysia

Ozil jadi sasaran penyokong Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU 30 Mei – Penyokong Arsenal yang kecewa dengan kekalahan 1-4 pasukan itu kepada Chelsea dalam final Liga Europa hari ini melepaskan kemarahan mereka terhadap bintang tengah Jerman, Mesut Ozil.

Arsenal menampilkan aksi baik pada 30 minit pertama permainan dan menguasai perlawanan, malangnya penyudah tumpul menyebabkan mereka dihukum pada babak kedua.

Jaringan bekas penyerang mereka, Olivier Giroud, selain Pedro dan dua gol Eden Hazard memastikan kemenangan Blues.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aksi hambar Ozil memaksa pengurus, Unai Emery menggantikan pemain itu tengah Joe Willock menuju ke penghujung permainan.

Penyokong Arsenal kemudian menggunakan media sosial untuk meluahkan kemarahan dan menyelar Ozil.

“Saya fikir (Henrikh) Mkhitaryan lebih banyak menyumbang berbanding Ozil,” tulis seorang peminat di Twitter.

Peminat lain pula menambah: “Karier Ozil sudah berakhir”.

“Ozil adalah satu pembaziran,” tulis peminat ketiga.

“Chelsea ada Eden Hazard, pemain yang mencipta sesuatu selepas gagal menyerlah pada babak pertama.

“Arsenal pula ada Mesut Ozil yang tidak mencipta apa-apa sepanjang perlawanan,” tulis seorang lagi peminat yang menggunakan akaun Twitter James Benge. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini