Operasi bersepadu banteras kebanjiran warga Afrika - Utusan Malaysia

Operasi bersepadu banteras kebanjiran warga Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Polis akan melakukan operasi bersepadu dalam tempoh terdekat di kawasan pangsapuri Desa Aman Puri, Kepong bagi mengesan warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan.

KETUA Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof – foto Zaini Husin

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, operasi itu sedang disusun bersama agensi yang berkenaan seperti Jabatan Imigresen bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, setakat ini, pihaknya masih mengumpul maklumat menerusi proses pemantauan dan risikan membabitkan kegiatan warga asing di kawasan terbabit.

“Kita sedang rancang satu operasi bersepadu dengan agensi yang berkaitan, sedia maklum kawasan itu dipenuhi pendatang asing warga Afrika dan mereka ini dikenali dengan sifat yang gemar melawan.

“Oleh sebab itu, perancangan rapi dan anggota yang mencukupi diperlukan, dalam masa yang sama pemantauan berkala akan terus dilakukan menerusi rondaan polis bermotosikal.

“Pegawai dan anggota kita juga sentiasa berhubung dengan wakil persatuan penduduk dalam memastikan keselesaan mereka di kawasan kediaman mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Tambah Samsor, dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini tiada sebarang laporan diterima daripada penduduk berhubung sebarang kejadian jenayah di kawasan berkenaan.

“Penduduk Desa Aman Puri juga diminta tampil membuat aduan jika ada sebarang kejadian jenayah dan kelakuan tidak bermoral yang berlaku di kawasan kediaman mereka supaya tindakan boleh diambil dengan kadar segera,” jelasnya.

Beberapa hari lalu, media melaporkan, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengarahkan tindakan segera diambil terhadap sekumpulan warga Afrika di Desa Aman Puri, Kepong yang menimbulkan masalah dan kekecohan di kawasan itu.

Arahan itu, susulan maklum balas yang diterima ketika beliau turun sendiri meninjau kawasan berkenaan, baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini