Olahraga: Sarvinder, Norliyana muncul juara di Thailand - Utusan Malaysia

Olahraga: Sarvinder, Norliyana muncul juara di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Skuad olahraga negara menutup hari kedua Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand di Stadium Nasional Suphachalasai petang tadi dengan meraih dua pingat emas dan dua gangsa.

Emas pertama Malaysia hari ini diperoleh menerusi Sarvinder Kaur Joginder Singh dalam acara 800 meter (m) dengan catatan masa dua minit 14.13 saat (s).

Sarvinder berjaya menewaskan Swe Lee Myint dari Myanmar yang memenangi pingat perak dengan catatan masa 2:15.19s dan pemenang tempat ketiga Koniel Donna dari Papua New Guinea (2:15.93s).

Memuatkan artikel berkaitan…

Emas kedua Malaysia hadir menerusi Norliyana Kamaruddin yang mengungguli acara heptatlon dengan pungutan 5,012 markah daripada tujuh disiplin disertai.

Tempat kedua acara itu menjadi milik atlet Vietnam, Nguyen Linh Na yang mengumpul 4,793 markah manakala pingat gangsa pula dimenangi Sarah Dequinan dari Filipina dengan kutipan 4,574 mata.

Dua pingat gangsa Malaysia pula hari ini berjaya disumbangkan Muhammad Aqil Yasmin dalam acara 200m dan V. Royson (800m). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini