OCBC harap BNM kekalkan OPR sepanjang 2019 - Utusan Malaysia

OCBC harap BNM kekalkan OPR sepanjang 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – OCBC Bank berharap Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk sepanjang 2019 kecuali jika berlaku kemelesetan ketara dalam pertumbuhan ekonomi dunia.

OCBC dalam nota penyelidikan berkata, bank pusat itu tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai pergerakan masa depan kecuali menyatakan bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus memantau dan menilai baki risiko yang menyelubungi prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.

“BNM hari ini telah mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas daripada 3.25 peratus kepada 3.00 peratus, menjadikan BNM sebagai bank negara pertama di ASEAN untuk melaksanakan langkah keredaan. Ini bertentangan dengan ramalan kami kerana kami menjangkakan pengurangan itu akan berlaku seawalnya pada Julai 2019,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

RHB Research juga berpendapat tidak akan berlaku lagi pengurangan OPR untuk sepanjang 2019 memandangkan pertumbuhan ekonomi, walaupun sederhana tetapi masih kekal terbaik.

“Bagaimanapun risiko merudum memang ada, sekiranya perdagangan global terus mencatatkan perkembangan negatif yang mungkin mampu mengheret pertumbuhan ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih rendah.

RHB Research dalam nota berasingan berkata, pengurangan itu merupakan kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun adalah selaras dengan konsensus firma berkenaan.

“BNM juga menyatakan terdapat beberapa tanda, syarat-syarat kewangan akan menjadi lebih ketat, walaupun keadaan monetari dan kewangan dalam negeri kekal menyokong pertumbuhan ekonomi. Penyelarasan OPR bertujuan untuk mengekalkan tahap penyesuaian kewangan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini