Noor Azmi KPD Ampang baharu - Utusan Malaysia

Noor Azmi KPD Ampang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ampang yang baharu menggantikan Asisten Komisioner Hamzah Alias berkuat kuasa hari ini.

Noor Azmi yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju akan menggantikan tempat Hamzah yang bersara.

Majlis serah terima tugas antara Noor Azmi dan Hamzah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini hari ini dengan disaksikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hamzah menamatkan perkhidmatannya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini selepas berkhidmat selama 40 tahun bersama pasukan ini.

Selain itu, Hamzah juga telah menerajui IPD Ampang sejak empat tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini