Nicol terkandas pada pusingan kedua di Manchester - Utusan Malaysia

Nicol terkandas pada pusingan kedua di Manchester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal meneruskan aksi dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Manchester 2019 selepas tewas pada pusingan kedua, semalam.

Juara dunia lapan kali itu tewas kepada pilihan ketiga dari England, Sarah-Jane Perry 7-11, 9-11, 11-6, 6-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 42 minit di Pusat Skuasy Nasional, Manchester, menurut laman web kejohanan www.manchesteropensquash.com.

Perry akan bertemu pilihan keenam, Tesni Evans dari Wales pada suku akhir, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Evans melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Milou van der Heijden dari Belanda 11-7, 11-9 dan 11-3 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Kejohanan Skuasy Terbuka Britain dijangka diadakan dari 20 hingga 20 Mei di Hull, England yang merupakan kejuaraan terakhir bakal disertai Nicol, sebelum dia menggantung raketnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini