NGO Antarabangsa bantu fakir miskin di Kemboja - Utusan Malaysia

NGO Antarabangsa bantu fakir miskin di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Kira-kira 30 keluarga kurang berkemampuan dari Kampung 0pah Kabai, Kemboja menerima bantuan berupa barang keperluan harian daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa dari Malaysia.

Bantuan itu disampaikan oleh Ketua NGO tersebut, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican.



Menurut Mustapha, ini bukan kali pertama beliau ke kampung tersebut untuk menghulurkan bantuan.



Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pernah datang ke kampung ini bagi membina perigi bagi kegunaan masyarakat di sini.



“Alhamdulillah pada bulan yang mulia ini sekali lagi saya datang untuk menyampaikan bantuan kepada 30 orang fakir miskin yang terdiri dari ibu tunggal, mualaf dan orang kurang berkemampuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 



Tambahnya lagi, perjalanan ke kampung tersebut tidak mudah kerana mereka terpaksa menempuh perjalanan yang begitu panjang.



“Perjalanan dari pusat bandar Phnom Penh ke kampung tersebut mengambil masa kira-kira lima jam 30 minit dengan menggunakan pacuan empat roda (4×4) atau motosikal,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini