Nelayan hilang ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Nelayan hilang ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei- Nelayan yang dilaporkan hilang semasa keluar menangkap ikan di perairan laut Bintulu pada Isnin lalu ditemukan selamat hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Bintulu dalam satu kenyataan berkata, mangsa Aziz Ja’afar Atahar, 69, ditemukan kira-kira pukul 8 pagi oleh pihaknya selepas nelayan berkenaan berjaya menghubungi keluarganya.

“Mangsa memaklumkan dia berada di Muara Tatau selepas enjin botnya mengalami kerosakan sehingga terpaksa mendayung bot berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bertindak di atas maklumat itu Maritim Malaysia Zon Bintulu mengarahkan Kapal Maritim (KM) Jepak ke lokasi bagi mengesan kedudukan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihak Maritim Malaysia turut meminta komuniti nelayan Kampung Tatau bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini