Nelayan ditahan dengan dadah syabu, heroin bernilai RM1,200 - Utusan Malaysia

Nelayan ditahan dengan dadah syabu, heroin bernilai RM1,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 23 Mei – Seorang nelayan ditahan polis kerana memiliki 23.5 gram dadah disyaki heroin dan 0.3 gram dadah disyaki syabu dalam serbuan di di pondok nelayan di tepi sungai Jalan Kuala Bekah, di sini tengah malam tadi.

Nelayan berusia 43 tahun itu ditahan menerusi Op Tapis oleh sekumpulan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil siasatan mendapati dadah yang bernilai RM1,200 itu adalah untuk kegunaan sendiri suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis MOP serta methamphetamine dan dia kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Mei ini untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B; Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar-pengedar dadah di daerah itu.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini