Nasihat Rosyam Noor jadi azimat - Utusan Malaysia

Nasihat Rosyam Noor jadi azimat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 27 Mei – Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberi pelakon terkenal yang juga pemilik Adraa By Rosyam, Datuk Rosyam Noor, menjadi motivasi untuk semua ejen memasarkan produk jenama tersebut secara lebih proaktif.

Ejen Adraa By Rosyam di bandar raya ini, Saharizal Safarie berkata, sebagai produk yang baik untuk kesihatan, dia yakin jenama tersebut mempunyai segmen pengguna tersendiri.

“Saya baru menyertai Adraa By Rosyam dengan menyandarkan produk seperti jus durian Belanda sebagai produk paling laris.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain sebagai produk antikanser, rasanya juga sedap diminum begitu sahaja atau disejukkan,” katanya di di sini, baru-baru ini.

Saharizal menambah, dia yakin dengan produk tersebut berdasarkan kandungannya berasaskan durian Belanda yang mampu menyembuhkan 26 penyakit.

Katanya, selain membunuh sel kanser, durian Belanda juga mampu merawat penyakit osteoporosis, demam, menyembuhkan luka dan lain-lain.

“Pendek kata produk berasaskan durian Belanda mempunyai antioksidan yang tinggi serta mempunyai 26 manfaat dalam satu botol minuman,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini