Najib ambil gambar dalam mahkamah - Utusan Malaysia

Najib ambil gambar dalam mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mengambil gambar di dalam mahkamah sewaktu perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada ketika itu, saksi pendakwaan ke-30, Penolong Pengurus Maybank Kuala Lumpur, Halijah Abdul Wahab, sudah berada di kandang saksi dan peguam bela, Tan Sri Shafee Abdullah sedang memaklumkan sesuatu kepada Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Najib dilihat telah ‘zoom in’ keadaan di bahagian hadapan mahkamah yang menempatkan barisan pendakwaan, pembelaan, jurubahasa mahkamah dan juga hakim sebelum merakam gambar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Peraturan Mahkamah Terbuka, sebarang rakaman sama ada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan.

Sesiapa yang didapati berbuat demikian, alat perakam yang digunakan boleh dirampas.

Pada 22 April lalu, Hakim Mohd. Nazlan melarang sebarang bentuk rakaman dibuat dan dikongsi untuk tatapan umum.

Larangan tersebut dibuat berikutan tindakan bekas Pegawai Khas Najib, Isham Jalil yang memuat naik rakaman video berdurasi dua minit dan 12 saat bertajuk, Hari Kelima Perbicaraan Datuk Seri Najib memaparkan rakaman prosiding peguam Najib, Muhammad Shafee menyoal balas saksi yang viral di media sosial pada 20 April lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini