Nahas 6 maut: Kanak-kanak umur setahun turut terkorban - Utusan Malaysia

Nahas 6 maut: Kanak-kanak umur setahun turut terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB – Seorang kanak-kanak menjadi korban keenam nahas jalan raya di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan, di sini pukul 2.45 pagi tadi.

Nur Fateen Sufi Nasrul Fakhri yang berusia setahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raub, di sini hari ini. 

Sebelum itu, ibu bapanya, Nasrul Fakhri Mansor, 38, dan Hartini Mokhtar, 37, serta kakaknya, Nur Faqihah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi adik beradiknya, Muhammad Haziq, 10, dan Nur Fathiyah, 8, mangalami cedera parah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kereta Perodua Kancil yang dinaiki oleh Nur Fateen bersama lima ahli keluarganya dari arah Kota Bharu telah bertembung dengan Perodua Myvi sebaik tiba di lokasi kejadian. 

Turut terkorban di tempat kejadian ialah penumpang Perodua Myvi, Hasliza Arini Muhamad@Hamid, 34, yang sedang mengandung lima bulan dan anaknya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2.

Difahamkan, jenazah Hartini dan dua anaknya akan dikebumikan di Besut, Terengganu manakala Nasrul Fakhri dibawa ke kampung halamannya di Kuala Krai, Kelantan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini