Nadal, Djokovic berentap malam ini - Utusan Malaysia

Nadal, Djokovic berentap malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME 19 Mei – Novak Djokovic menjangkakan pertarungan sengit bakal berlangsung apabila bertemu musuh terhebatnya, Rafael Nadal pada aksi final tenis Terbuka Itali di sini malam ini.

Selepas melepasi halangan pemain Argentina, Diego Schwartzman 6-3, 6-7, 6-3 di separuh akhir, pemain Serbia itu berkata, ia satu cabaran getir buat dirinya terutama beraksi di atas gelanggang tanah liat yang menjadi kegemaran Nadal.

“Ia satu cabaran yang cukup hebat. Saya sudah bertemunya banyak kali. Kami sudah bermusuh agak lama mungkin terpanjang dalam sejarah. Setiap kali bertemu, ia pasti mendebarkan,” kata pemain No. 1 dunia itu tentang pertemuan ke-54 dengan pemain No. 2 dunia, Nadal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nadal terdahulu layak ke final selepas menewaskan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas 6-3, 6-4 dalam perlawanan yang disifatkan ulangan separuh akhir Terbuka Madrid minggu lalu.

Nadal yang berjaya membalas dendam kekalahan kepada Tsitsipas di Madrid, kali ini tidak berdepan masalah besar untuk mara ke final tetapi tetap berhati-hati untuk bertemu Djokovic dalam usahanya mempertahankan kejuaraan di sini.

“Dia salah seorang juara terhebat dalam sukan tenis ini yang pernah kita ada. Kekuatan mentalnya, pendekatannya, keazamannya dan semangat juangnya selepas pulih daripada kecederaan dan pembedahan amat mengagumkan

“Dia sentiasa menunjukkan kepada dunia kenapa dia merupakan seorang lagenda tenis. Saya amat menghormatinya,” kata Nadal pula tentang Djokovic yang merupakan satu-satunya pemain yang berjaya menewaskannya di gelanggang tanah liat di sini.

Kedua-dua pemain sudah empat kali bertemu di kejohanan ini dengan rekod adalah seri 2-2. Djokovic bagaimanapun masih memegang rekod pertemuan keseluruhan iaitu 28-25 sepanjang pertemuan dalam karier kedua-dua mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini