Mustahil Sarri tinggalkan Chelsea - Utusan Malaysia

Mustahil Sarri tinggalkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Mei – Jorginho mengakui sangat terkejut sekiranya Maurizio Sarri membuat keputusan meninggalkan kelab itu selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus.

Sarri membimbing Chelsea untuk menamatkan saingan di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris dan final Liga Europa dalam musim pertamanya di Stamford Bridge.

Bagaimanapun, perpindahan semula ke Serie A mula menyelubungi bekas pengendali Napoli yang disebut-sebut bakal menggantikan Massimiliano Allegri di Turin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ada kontrak empat tahun dengan Chelsea.

“Sangat mengejutkan jika dia meninggalkan kelab ini kerana kami berada di belakang Manchester City dan Liverpool, kami berada di final Liga Europa dan final Piala Liga.

“Musim ini sangat baik. Sarri dalam keadaan tenang dan kini kami berada di kedudukan yang baik,” katanya.

Chelse akan memberi tumpuan kepada aksi final Liga Europa menentang Arsenal di Baku pada 29 Mei ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini