Mun Yee-Hanis masih belum serasi - Utusan Malaysia

Mun Yee-Hanis masih belum serasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Gandingan atlet terjun berpengalaman, Leong Mun Yee dan Hanis Nazirul Jaya Surya masih belum membuahkan sebarang keputusan dalam Siri Terjun Dunia apabila sekali lagi berada di kedudukan tercorot dalam acara 10m Platform Seirama Campuran.

Pada pusingan kelima Siri Terjun Dunia yang diadakan di London Aquatic Centre, United Kingdom itu, Mun Yee-Hanis Nazirul mengumpul 288.12 mata untuk berada di kedudukan keenam.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.fina.org, pasangan itu bermula di tangga keenam selepas terjunan pertama dengan mencatatkan 46.80 mata namun berjaya memperbaiki kedudukan selepas terjunan kedua apabila naik satu anak tangga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila sekali lagi berada di kedudukan terakhir dalam terjunan ketiga sekali gus berakhir di tempat keenam selepas lima terjunan.

Untuk rekod, sepanjang lima pusingan Siri Terjun Dunia yang bermula di Sagamihara, Jepun, mereka sekadar menamatkan aksi di kedudukan kelima dari lapan pasangan penerjun.

Sewaktu kejohanan di Beijing, China dan Montreal, Kanada; Mun Yee-Hanis Nazirul berada di tempat tercorot manakala pada pusingan keempat di Kazan, Rusia, mereka menamatkan saingan di kedudukan kelima dari enam keseluruhan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini