MTRK, Kemudi agih 2,000 kotak kurma - Utusan Malaysia

MTRK, Kemudi agih 2,000 kotak kurma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 19 Mei – Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan kerjasama Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) mengagihkan sebanyak 2,000 kotak kurma kepada orang ramai di persimpangan lampu isyarat Pasir Pekan, di sini semalam.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, selain melakukan agihan sumbangan, aktiviti itu dimanfaatkan untuk pihaknya beramah mesra orang ramai yang lalu-lalang dengan majoritinya adalah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan dan Parlimen Tumpat.

Katanya, sudah menjadi kelaziman pihak MTRK dan Kemudi untuk bekerjasama dalam program kemasyarakatan seumpama itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buah kurma ini disumbangkan oleh seorang dermawan dari negara Arab manakala ahli jawatankuasa MTRK dan Kemudi bertanggungjawab mengagihkannya kepada orang ramai.

“Rata-rata penduduk menyambut baik usaha kita kerana mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat,” katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Kemudi, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi.

Azmi dalam pada itu berkata, MTRK akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan anggota bomba dan penyelamat bagi menghargai jasa mereka pada Khamis ini bertempat di Tunjong, Kota Bharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini