Mohamed Khaled diingatkan jangan putar belit fakta - Utusan Malaysia

Mohamed Khaled diingatkan jangan putar belit fakta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 4 Mei – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diingatkan agar jangan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat mengenai isu pelantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang baharu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, pelantikan Mazlan sebagai Pengerusi Bersatu Johor itu dibuat menerusi perbincangan terlebih dahulu antara pimpinan tertinggi Bersatu.

“Saya nak sampaikan mesej ini kepada Khaled, apa yang dia cuba sampaikan mengenai Bersatu tidak benar sama sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak pembangkang cuba keruhkan keadaan dengan memutar belit fakta yang tidak benar, bicaralah hal yang benar,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran jualan jimat pra Ramadan My Best Buy anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Mohamed Khaled semalam mengenai Bersatu Johor yang didakwa sedang mengalami satu krisis dalaman dan perpecahan yang tidak dapat disembunyikan lagi, ibarat retak menanti belah.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO mendakwa, ini susulan pengumuman Pengerusi Bersatu,Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pelantikan Mazlan sebagai Pengerusi Bersatu Johor yang baharu pada minggu ini jelas merupakan tamparan hebat dan memberi kesan kepada air muka serta kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamed Khaled berkata, keputusan Dr. Mahathir yang mengumumkan terlebih dahulu Mazlan sebagai Pengerusi Bersatu Johor memperlihatkan tiadanya persefahaman malah wujud perpecahan dan konflik berkepentingan dalam kepimpinan Bersatu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini