NEW DELHI 23 Mei – Perdana Menteri India, Narendra Modi meraih kemenangan dalam pilihan raya umum negara ini sekali gus mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua.
PENYOKONG Parti Bharatiya Janata (BJP) meraikan kemenangan Narendra Modi di luar ibu pejabat BJP, Mumbai hari ini. – AFP
Data rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi memperoleh 298 daripada 542 kerusi namun memerlukan 272 kerusi lagi untuk meraih majoriti Dewan Rakyat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Lapor Reuters, parti pembangkang iaitu Parti Kongres bagaimanapun mengungguli kerusi Dewan Rakyat dengan kelebihan 53 kerusi.
“Bersama kita berkembang maju. Bersama kita sejahtera. Bersama kita membina India yang kukuh dan inklusif. India menang sekali lagi,” kata Modi menerusi Twitter. – AFP/AGENSI











