MMC Corp catat untung bersih lebih tinggi RM41.35 juta pada q1 2019 - Utusan Malaysia

MMC Corp catat untung bersih lebih tinggi RM41.35 juta pada q1 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – MMC Corporation Bhd. mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM53.51 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2019 (1Q19) berbanding RM41.35 juta dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Prestasi positif itu susulan sumbangan lebih tinggi daripada entiti pelabuhan tetapi dihadkan sedikit oleh sumbangan lebih rendah daripada Transit Aliran Massa Lembah Klang Laluan Sungai Buloh-Serdang (KVMRT-SSP Line), kata MMC dalam kenyataan hari ini.

“Kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak RM1.14 bilion berbanding RM1.28 bilion disebabkan sumbangan lebih rendah daripada KVMRT-SSP Line susulan semakan semula kontrak pada November 2018, serta kemajuan lebih perlahan projek Pembetungan Langat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini disederhanakan oleh penggabungan perolehan Penang Port Sdn. Bhd. dan jumlah lebih tinggi dikendalikan di Pelabuhan Tanjung Pelepas,” katanya.

Mengenai masa depan, kumpulan itu berkata bahagian pelabuhan dan logistik dijangka merekodkan jumlah pertumbuhan positif meliputi semua pelabuhan.

“Pelaburan berterusan dalam infrastruktur, kapasiti dan keupayaan pelabuhan berserta dengan pelaksanaan pelan operasi dijangka bakal menyumbangkan keputusan positif.

“Sinergi operasi dan kos diusahakan MMC akan meningkatkan lagi prestasi bahagian pelabuhan dan logistiknya,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini