MISB Resources rai 30 anak yatim berbuka puasa - Utusan Malaysia

MISB Resources rai 30 anak yatim berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pengeluar rangkaian produk berasaskan herba tropika, MISB Resources Sdn. Bhd., menerusi rangkaian produk NR meraikan 30 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad dan Pusat Jagaan Suci Rohani dalam majlis berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Turut diraikan pada majlis yang sama ialah rakan-rakan media yang sentiasa memberi sokongan ke atas produk yang dihasilkan oleh NR.

Hadir sama, Anzalna Nasir dan keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengerusi MISB Resources, Syed Hidzir Tan Sri Syed Agil Barakbah dalam ucapan ringkasnya berkata, majlis yang diadakan pada malam ini juga merupakan doa selamat khas buat Duta Eksklusif, Anzalna Nasir yang bakal melahirkan cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.

“Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan, marilah kita sama-sama mendoakan agar Anzalna selamat melahirkan cahaya mata sulungnya nanti,” katanya.

Syed Hidzir juga berkata, pihaknya bersyukur di atas kemajuan dan pencapaian rangkaian produk NR yang mana, pihak media turut memainkan peranan penting dalam meuar-uarkan produk yang dihasilkan.

“Ikhlas saya nyatakan rasa terharu dengan kerjasama berterusan daripada pihak media ke atas kami.

“Harapan saya agar hubungan silaturahim yang terjalin ini biarlah berpanjangan,” katanya yang sekali berterima kasih atas sokongan yang diberikan ke atas rangkaian produk NR terbaharu.

Acara kemuncak malam ini ialah penyerahan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini