SEREMBAN 4 Mei – Sebuah mesin di kilang membuat komponen televisyen di Taman Tuanku Ja’afar di sini terbakar terbakar petang tadi, mengakibatkan kerugian kira-kira RM500,000.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Sharif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 2.50 petang.
Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota serta dua buah jentera dari balai bomba itu dikerahkan memberi bantuan dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 3 petang.
“Kebakaran melibatkan salah sebuah mesin di kilang itu yang musnah kira-kira 50 peratus. Pihak bomba telah menutup bekalan elektrik mesin itu bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zainurin berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih disiasat. – UTUSAN ONLINE











