Mereka yang perlu minta maaf - Saifuddin - Utusan Malaysia

Mereka yang perlu minta maaf – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 4 Mei – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau tidak akan memohon maaf kepada empat ahli akademik yang terlibat dalam memberi penerangan kepada Majlis Raja-Raja berhubung Statut Rom kerana melabelkan mereka sebagai ‘profesor kangkung’.

Sebaliknya, kata beliau, keempat-empat ahli akademik berkenaan yang sepatutnya meminta maaf kepada orang ramai kerana didakwa telah memalsukan fakta.

“Saya tidak akan meminta maaf dengan empat orang ini. Mereka yang kena minta maaf dengan ramai orang lain kerana memalsukan ilmu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik dan Program Sinar Kasih peringkat Parlimen Indera Mahkota di sebuah hotel di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak terhadapnya selepas dilihat mengeluarkan kenyataan tidak wajar apabila melabelkan empat ahli akademik yang terlibat dalam memberi penerangan kepada Majlis Raja-Raja berhubung Statut Rom sebagai ‘profesor kangkung’.

Berikutan itu, wujud desakan supaya beliau memohon maaf kepada mereka atas kenyataan berkenaan yang dianggap sangat menghina dan gagal menghormati pandangan orang lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini