Media Singapura, Malaysia jayakan Horizon Hill Media Golf 2019 - Utusan Malaysia

Media Singapura, Malaysia jayakan Horizon Hill Media Golf 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 60 pemain warga media Singapura dan Malaysia memeriahkan kejohanan Horizon Hill Media Golf 2019 yang berlangsung di Kelab Golf Horizon Hill, Iskandar Puteri, Johor Bahru, baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Kelab Golf Horizon diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan kelab tersebut dengan pengamal media tempatan dan juga Singapura.

Pengarah Operasi Kelab dan Perbandaran Gamuda Land Berhad, Tang Meng Loon berkata, kejohanan golf media merupakan acara tahunan yang dianjurkan kelab dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pengamal media Singapura dan juga Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kejohanan itu merupakan platform untuk kakitangan Gamuda Land merapatkan hubungan dengan rakan-rakan dari media yang sentiasa memberi sokongan kepada Gamuda Land dan anak-anak syarikatnya.

“Kami berterima kasih kepada pengamal-pengamal media tempatan dan juga dari Singapura yang memberi kerjasama sangat positif,” ujar Meng Loon.

Walaupun kejohanan terganggu dengan hujan lebat pada awal permainan, namun semua pemain yang sempat menghabiskan 11 lubang tetap berpuas hari dengan keadaan padang yang baik dan green yang laju.

Pemenang pada kejohanan Horizon Hill Media Golf 2019 bagaimanapun ditentukan melalui undian atau cabutan bertuah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini