McDonald’s Malaysia sasar jualan RM3 bilion - Utusan Malaysia

McDonald’s Malaysia sasar jualan RM3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak RM3 bilion pada tahun ini dan merancang untuk melabur RM1.4 bilion menjelang 2025, kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya Azmir Jaafar.

Pada tahun lepas, rangkaian restoran makanan segera itu mencatatkan pertumbuhan jualan tahun ke tahun sebanyak 19 peratus berikutan ia menumpukan kepada pelaburan dalam bidang termasuk tawaran menu tempatan, segmen digital dan usaha komuniti.

“Kami melabur RM1.4 bilion bermula pada 2016 hingga 2025, dan masih mempunyai RM1 bilion untuk tahun ini dan seterusnya,” katanya, sambil menambah syarikat itu melabur RM200 juta dalam tempoh dua tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata pertumbuhan syarikat itu dijangka kekal mencatatkan dua angka.

“Saya boleh katakan kami mencatatkan pertumbuhan sederhana sebanyak 15 peratus,” katanya dalam taklimat media mengenai perkembangan terkini syarikat itu di sini hari ini. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini