KUALA LUMPUR 17 Mei – Perkhidmatan bayaran kutipan cukai taksiran dalam talian melalui United Overseas Bank Ltd. (UOB) akan ditamatkan kepada semua pemilik hartanah di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai 31 Mei ini.
MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, bagaimanapun orang awam boleh menggunakan saluran bayaran online melalui Maybank2u, Ambank (MBF click&Pay), Citibank, Ambank, RHB Bank, HSBC Bank, Hong Leong Bank, Bank Rakyat, Pos Online, Bank Islam Online dan JomPay.
“Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi Jabatan Perbendaharaan di talian 03-79563544 sambungan 102 atau layari laman web www.mbpj.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











