Mayat nelayan jatuh laut ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat nelayan jatuh laut ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Mayat seorang nelayan yang terjatuh ke laut semalam ditemukan di perairan Pantai Mukah pagi ini tidak jauh dari lokasi dia dipercayai hilang iaitu kira-kira 0.72 kilometer dari Pantai Mukah.

Mangsa, Lee Ah Leng, 37, yang berasal dari Kampung Penipah, Mukah ditemukan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula sejak tengahari semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, mangsa dipercayai lemas akibat terjatuh dari bot miliknya ketika sedang dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan di laut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa juga disyaki tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Shahref memberitahu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selaku agensi yang mengkoordinasikan operasi SAR merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam operasi berkenaan.

Antara agensi terlibat kali ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malausia(JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung berhampiran dalam usaha pencarian mangsa selama dua hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini