Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU 18 Mei – Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemukan di kolam tadahan air Sahabat 41, semalam.

NASRI MANSOR
NASRI MANSOR 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata mayat mangsa ditemukan pada 6.15 pagi oleh kumpulan pencari termasuk polis, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna, kesan luka gigitan di kaki dan paha termasuk hilang tangan kanan dari bahu hingga ke rusuk.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Stephen Tolok, 30-an berdasarkan pengecaman oleh isteri dan rakannya melalui seluar yang dipakai Stephen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian berlaku pada petang semalam ketika mangsa bersama rakannya sedang menjala ikan di kolam tadahan Kilang Sahabat 41, Kampung Kembara Sakti.

“Sewaktu mangsa dan rakannya sedang menjala ikan, tiba-tiba kaki mangsa digigit di kaki kanan dan diheret ke dasar kolam, mangsa sempat menjerit minta tolong,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata rakan mangsa yang menyaksikan kejadian segera melaporkan kepada pihak pengurusan ladang yang membuat laporan polis. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini