LONDON 27 Mei – Neymar and Kylian Mbappe boleh meninggalkan Paris Saint-Germain selepas pengendali Thomas Tuchel tidak memberi jaminan dua bintang terbabit masih diperlukan bersama juara Ligue 1 itu.
Pada ketika masa depan Tuchel selamat menerusi kontrak baharu, bekas bintang Barcelona, Neymar dikaitkan dengan perpindahan ke La Liga semula, sementara penjaring terbanyak Mbappe memberi petanda dia kini mempunyai projek baharu.
Tuchel diajukan soalan tentang Neymar dan Mbappe di Formula Satu (F1) Grand Prix Monaco semalam dan pengendali dari Jerman itu berkata, pemain sedia ada belum pasti akan kekal pada bulan depan.
“Sekarang bulan Mei, perkara yang saya cakap hari ini mungkin salah pada bulan depan.
“Harapan saya sebagai pengurus dan jurulatih jelas, saya mahu semua pemain kekal di PSG dan kekal dengan projek kami. Tugas masih belum tercapai, ia baharu sahaja bermula.
“Harapan saya jelas, tetapi saya tidak boleh berjanji dan saya tidak mahu menjadi naif dalam hal ini,” ujar Tuchel.- AGENSI










