Marquez raih kemenangan berharga bersama adiknya di Le Mans - Utusan Malaysia

Marquez raih kemenangan berharga bersama adiknya di Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE MANS 20 Mei -Juara bertahan, Mar Marquez berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Perancis di Le Mans, tengah malam tadi, sekali gus mencatat kejayaan ke-300 buat pasukan Honda.

Lebih manis, adiknya, Alex turut memenangi gelaran di Moto2 sekali gus memberi kejayaan berganda buat keluarga itu.

Kejuaraan itu menyaksikan Marquez merekodkan kemenangan ke-47 dalam kelas elit Grand Prix itu dan juga ketiga pada musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan kedua dan ketiga menjadi milik dua penunggang Itali, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci dari Ducati.

Bermula di petak utama, Marquez yang juga pemenang lima kali juara dunia MotoGP memenangi perlumbaan dengan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 53.647 saat manakala Dovizioso ketinggalan dua saat dibelakang.

Selepas lima pusingan Marquez kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan lapan mata mengatasi Dovizioso dan 20 mata di hadapan Alex Rins, penunggang Suzuki yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Sementara itu, penunggang veteran Itali, Valentino Rossi dari Yamaha meraih kedudukan kelima dalam perlumbaan berada di tempat keempat keseluruhan dengan 72 mata.

“Ia sering sukar di Le Mans. Saya gembira dengan kemenangan ini tetapi lebih gembira kerana adik saya juga menang di Moto2.

“Apabila saya melihatnya, saya berkata kepada diri sendiri, anda (saya) perlu menang juga kerana ia akan menjadi hari yang hebat buat keluarga,” kata Marquez. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini