Maritim tahan kapal dagang berlabuh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Maritim tahan kapal dagang berlabuh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 21 Mei- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Perak menahan sebuah kapal dagang kerana berlabuh tanpa kebenaran di Pulau Jarak dekat sini semalam.

Pengarah Maritim negeri Perak, Kapten Wan Mat Wan Abdullah berkata, kapal dagang MT SAIQ ditahan pada pukul 9 pagi kira-kira 10 batu nautika dari selatan Pulau Jarak.

Menurutnya, kapal berkenaan sedang bersauh ketika ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Marlin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal dagang tersebut telah bersauh sejak 16 Mei lalu dan gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut.

“Seramai 25 kru termasuk kapten yang berusia antara 20 hingga 65 tahun ditahan dan mereka terdiri daripada warganegara Pakistan, India, Rusia, Oman dan Montenegro,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Mat, kesemua yang ditahan di siasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Tambahnya, kapal dagang tersebut telah dibawa ke Pelabuhan Lumut pada pukul 8 malam.

Wan Mat berkata, disamping tumpuan terhadap penguasaan di pesisir pantai pihaknya juga sentiasa fokus kepada salah laku di perairan Pulau Jarak.

“APMM juga akan terus mempertingkat rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara bagi memastikan keselamatan kapal yang melalui perairan negara sentiasa terjamin dan mematuhi undang-undang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini