Maritim Malaysia tahan bot kargo - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan bot kargo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Sebuah bot kargo yang sarat dengan muatan 60 tan batu kerikil ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Batu, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 8 pagi itu, bot kargo yang dikendalikan juragan tempatan bersama dua kru itu ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Timbalan Pengarah (Operasi), Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd. Yusri Hussin berkata, pemeriksaan awal mendapati bot kargo bersama muatan batu kerikil itu dalam perjalanan ke Sungai Bergosong di Pulau Sebatik dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, selepas diperiksa kita dapati nama juragan tidak sama dengan nama yang tertera pada lesen bot kargo berkenaan.

“Susulan itu, ketiga-tiga kru bot kargo terbabit yang berumur antara 25 hingga 51 tahun telah di tahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Yusri, siasatan lanjut masih berjalan dan kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini