Manfaatkan bulan Ramadan - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Manfaatkan bulan Ramadan – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 3 Mei – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa kesyukuran kerana sekali lagi umat Islam bakal diberi peluang oleh Allah SWT memanfaatkan bulan yang mulia iaitu Ramadan.

Baginda bertitah, bulan Ramadan disyariatkan ibadah puasa di dalamnya jika dihayati sepenuhnya akan melahirkan peribadi mulia.

“Hikmah Ramadan mendidik jiwa untuk patuh perintah Allah dan mengekang godaan hawa nafsu selain membentuk peribadi insan berakhlak mulia bermentaliti kelas pertama supaya mengasihi golongan yang kurang bernasib baik, fakir dan miskin serta mereka yang benar-benar memerlukan,” titah baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas meninjau dan menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sejumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat bersempena Program Hijrah Minda MAIPs ke-12, di sini hari ini.

Rumah mangsa, Muhammad Suhaimi Ahmad, 49, musnah dalam kebakaran itu pada pukul 10 malam Rabu lepas. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini