LONDON 30 Mei – Sadio Mane memberitahu dia gembira berada di Liverpool dan tidak mahu spekulasi dia berada dalam radar Real Madrid mengganggu fokus menjelang aksi akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham Hotspur pada Sabtu ini. Ketika ini Real sedang memburu beberapa pemain bagi memperkukuhkan kelab berkenaan menghadapi kempen musim depan dengan Mane menjadi salah satu sasaran gergasi Sepanyol itu. “Bagi saya paling penting kini adalah saya masih gembira bersama Liverpool…










