Man City mahu jadi raja bola sepak selamanya - Utusan Malaysia

Man City mahu jadi raja bola sepak selamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Mei – Aymeric Laporte berkata Manchester City menyasarkan muncul sebagai raja bola sepak selamanya selepas melengkapkan kejuaraan domestik secara treble.

Selepas meraikan kejayaan tersebut di Wembley, Laporte mendedahkan visi skuad Citizens itu dan percaya mereka mampu untuk terus maju sekali gus merangkul trofi Liga Juara-Juara musim depan.

“Musim yang sangat indah. Kami kecewa di Liga Juara-Juara namun saya fikir kami bertindak balas dengan sangat baik dan membuat musim ini sungguh menakjubkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Piala FA ini adalah yang terakhir dan saya sangat berbangga untuk menang. Sekarang kami perlu melihat musim baharu pula,” kata Laporte.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini