Malaysia tutup kempen dengan kemenangan - Utusan Malaysia

Malaysia tutup kempen dengan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Jaringan babak pertama Nurfarisya Hanim Muhammad Zaki memastikan Malaysia menutup kempen Kejuaraan Bola Sepak AFF Bawah 15 (B-15) Perempuan bersama kemenangan selepas menumpaskan Singapura 1-0 di Chonburi, Thailand hari ini.

Biarpun sudah tersingkir daripada separuh akhir, namun kemenangan kedua dalam Kumpulan B memberi pengajaran terbaik buat pasukan dan jurulatih negara, Mohd. Zerry Nazeri.

Kemenangan di Stadium Institut Pendidikan Fizikal Chonburi itu membolehkan pasukan negara menamatkan kempen di tangga ketiga di belakang juara bertahan, Thailand dan Laos.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malaysia sebelum ini memulakan saingan dengan dibelasah 4-0 oleh Laos pada 9 Mei, sebelum menumpaskan Kemboja 2-1 dan kalah besar 0-11 kepada Thailand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini