KUALA LUMPUR 27 Mei – Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Japan Airlines (JAL) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneruskan perjanjian perniagaan bersama.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail berkata, kerjasama itu bagi meningkatkan keselesaan pelanggan dengan kualiti perkhidmatan kedua-dua syarikat bagi penerbangan antara Malaysia dan Jepun.
Katanya, MAB dan JAL telah memfailkan permohonan daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bagi mendapatkan pengecualian atau imuniti daripada undang-undang ‘antitrust’.
“Jika diluluskan, MAB dan JAL akan berusaha untuk memberikan pilihan perjalanan selesa kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan Jepun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











