Majlis iftar rai petugas media Perak - Utusan Malaysia

Majlis iftar rai petugas media Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kira-kira 80 orang petugas media pelbagai agensi di negeri ini diraikan pada majlis berbuka puasa bertempat di MH Hotel di sini malam tadi.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim.

Hasnul Zulkarnain dilantik menerajui portfolio penerangan negeri penghujung Januari sebelum memulakan tugas berkenaan pada Mac lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata, majlis itu diadakan untuk menghargai rakan-rakan media yang menyampaikan laporan memanfaatkan masyarakat

“Saya baru berurusan sepenuhnya dengan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan segala apa perancangan kerajaan negeri.

“Secara peribadi pula, saya amat menghargai peranan rakan-rakan media dalam membantu menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan negeri kepada rakyat,” ujarnya semasa berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Penerangan negeri Perak, Mohd. Taip Ubah dan Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Rosli Mansor Ahmad Razali.

Dalam ucapannya, Hasnul Zulkarnain juga mahu hubungan baik yang sedia terjalin antara petugas media dan kerajaan negeri dapat diteruskan.

“Ini juga adalah bukti komitmen semua pihak yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan semua perancangan yang dilakukan dapat direalisasikan,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini